1) Tanah kosong yang dahulunya didirikan hotel-hotel lama. Dihamparkan tanah oleh penguasa buat sementara semasa musim Haji. Pada waktu malam jemaah dari negara-negara miskin akan memasang khemah atau menghampar tikar untuk tidur sementara menanti waktu siang
2) Kaabah pada waktu puncak kebiasaanya selepas setiap solat fardu
3) Gambar Kaabah ketika waktu puncak dari satu sudut yang lain
4) Lagi gambar Kaabah pada waktu puncak. Lautan manusia memenuhi dataran Masjidil Haram samaada untuk bertawaf atau bersolat
5) Masjidil Haram pada waktu pagi. Di bahagian belakang gambar terdapat kren-kren tinggi untuk projek pembangunan berhampiran Masjidil Haram. Struktur yang paling tinggi adalah Menara Zam-Zam (Zam-Zam Tower). Bila siap kelak akan ada 5 menara kesemuanya
6) Ingat Perjanjian Hudaibiah? Ini adalah tempat di mana Rasulullah s.a.w menandatangani perjanjian pertama dengan pihak Jahiliyyah
7) Gambar selepas musim haji di mana jemaah kebanyakkannya sudah berangkat samaada ke Madinah ataupun pulang ke kampung halaman
8. Masjidil Haram pada waktu malam (selepas maghrib)
9) Lagi pemandangan di waktu malam
10) Malam menyapa tetapi masih ramai yang setia beribadat
11) Tempat bersaie di antara bukit Safa dan bukit Marwah
12) Pemandangan Masjid Nabawi pada waktu pagi yang hening
13) Gedung/pusat membeli belah yang berdekatan dengan hotel dan hanya beberapa langkah dari Masjid
14) Taman Bani Saqiyah atau Saidah. Salah satu tempat kegemaran Rasulullah dan para sahabat untuk bersantai
15) Kawasan Raudah di mana Tuan Imam & pembantu bersolat
16) Kawasan Raudah di dalam Masjid Nabawi, Madinah
17) Masjid Nabawi yang tidak sunyi dari manusia, siang dan malam
18) Kilang mencetak Al-Quran yang juga terletak di Madinah
Semoga gambar-gambar yang telah dipaparkan dapat sedikit sebanyak menerangkan keadaan dan tempat-tempat yang biasa dilawati oleh jemaah-jemaah yang menjadi tetamu Allah pada musim haji mahupun umrah.
No comments:
Post a Comment